Friday, 28 March 2014

Fiesta Belon Panas Antarabangsa 2014

Seronoknya time cuti sekolah ni kan.Olyn yakin ramai parents yang ambil cuti supaya dapat meluangkan masa dengan anak-anak.

Olyn this week kerja macam biasa. Cuma   esok olyn plan bawa anak-anak ke Fiesta Belon Panas Antarabangsa.

Di mana?

Di Monumen Alaf Baru Precint 2 ,Putrajaya.
#myballoonfiesta


Fiesta ni adalah fiesta kali ke 6, disertai oleh banyak negara seperti Belgium, United Kingdom,Taiwan, Hong Kong, Sepanyol dan banyak lagi.

Memetik dari Utusan Online hari ini,
Fiesta belon udara panas itu yang diadakan selama empat hari bermula hari ini terbuka kepada orang ramai untuk menyaksikannya dan mencuba menaiki belon panas yang ditambat di samping pelbagai aktiviti menarik lain bermula pukul 7 pagi hingga 9.30 malam.
Mohammad Sobri berkata, orang ramai yang ingin merasai keseronokan menaiki belon panas yang ditambat boleh mencuba dengan hanya membayar sebanyak RM20 sahaja dan bagi mereka yang ingin menaiki helikopter pula hanya dikenakan bayaran sebanyak RM130 untuk seorang.

Check out the price.Murah kan
(Picture diambil daripada IG myballoonfiesta)

"Selain berpeluang menaiki belon udara panas yang ditambat, pengunjung juga boleh mencabar diri di Zon Ekstrem Mountain Dew, berkelah, menyertai pertandingan melukis dan mengambil gambar.
"Pada masa sama, bagi orang ramai yang meminati bidang fotografi, pihak Samsung Elektronik Malaysia turut menyediakan pertandingan gambar paling menarik dengan menawarkan hadiah utama sehingga RM10,000," katanya.
Beliau berkata, kemuncak fiesta tersebut adalah persembahan Night Glow yang menonjolkan aksi menarik juruterbang membakar belon udara panas tanpa dinaikkan sambil mengikut rentak muzik terkenal dan cahaya lampu pada Sabtu ini.
Katanya, sempena penampilan semula watak Darth Vader dalam fiesta itu, satu persembahan istimewa bersama penonton bertuah akan turut diadakan pada malam itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

U guys boleh juga follow Instagram Myballoonfiesta untuk lihat gambar-gambar suasana di fiesta belon ni or go to their website 

www.myballoonfiesta.com

Follow them


So jom ramai-ramai kita pergi ke Fiesta Belon Panas Antarabangsa ni.Rasa rugi pula bila asyik terlepas event ni since 2 tahun lepas olyn kerja di Putrajaya pun tak berkesempatan pergi.

Jumpa di sana ya!

Siti Azlina Osman


No comments:

Post a Comment