Wednesday, 26 March 2014

A heartbreaking news: MH 370 ended its jouney at Indiana Ocean

Hola Malaysia,

Seluruh dunia merasa sedih & masih lagi terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada hari Isnin yang lalu.
Pengumuman yang menyedihkan seluruh dunia


Masih terngiang pengumuman yang dibuat oleh PM Malaysia itu 

' This is a remote location far from any possible landing sites.It is therefore with deep sadness and regret that i must inform you that according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean'

Seluruh dunia merasa kesedihan & kehilangan yang dirasai oleh keluarga penumpang & crew MH370.Kita semua olyn percaya terkejut dengan pengumuman ini.Rata-rata mengharapkan yang terbaik buat MH 370.

Lautan Hindi adalah laut ketiga terbesar & terkenal dengan ombak yang ganas


Memetik artikel daripada Utusan Online

Operasi mencari yang diketuai Australia untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, yang hilang pada 8 Mac lalu itu tertumpu sepanjang perairan 2,500 kilometer dari barat daya Perth.
Kawasan itu kurang dilalui trafik maritim, dan apabila kapal-kapal dagang dimaklumkan tentang penemuan dua objek di kawasan itu oleh satelit pada Selasa lalu, kapal dagang yang paling hampir dengan kawasan itu mengambil dua hari perjalanan untuk sampai ke situ.
Ia merupakan kawasan yang sentiasa dilanda angin kuat dan sering dilanda ombak besar.

Bagaimana MH 370 boleh berada di luar kawasan laluannya masih menjadi tanda tanya?

"Ia keadaan yang menakutkan, apabila kamu sampai di situ... pengaruh Antartika sangat kuat apabila menghampiri kawasan lautan itu," kata Erik van Sebille, seorang jurugambar samudera dari Universiti Sydney di New South Wales.
Van Sebille yang berada di atas kapal penyelidik di kawasan itu pada Disember lalu berkata, malah dalam keadaan tenangpun kawasan perairan itu sangat mencabar dan dengan ketibaan musim luruh di selatan hemisphere, cuaca akan bertukar menjadi semakin buruk.


With this tragedy juga buat olyn google pasal black box to know more about it
"Ia bukan satu kawasan yang kamu suka untuk tinggal lama-lama di situ, seperti selama berminggu-minggu untuk mencari sebuah pesawat di situ," katanya kepada AFP.

"Keadaan di kawasan itu tidaklah seburuk sekarang, masa juga tidaklah seteruk sekarang. Jika operasi pencarian berlaku beberapa bulan lalu keadaan laut di kawasan itu mungkin lebih tenang, dan kerja-kerja mencari mungkin lebih mudah," kata Profesor samudera dari Universiti Tasmania, Nathan Bindoff.


semoga usaha pencarian dipermudahkan
"Lautan Hindi merupakan sektor yang terkenal dengan angin yang kuat dan ombak yang besar.

Kini, seluruh usaha dalam mencari kotak hitam dan juga apa jua serpihan dari pesawat MH 370 dipertingkatkan lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, olyn harap agar segala spekulasi tentang pencarian or kehilangan MH 370 dihentikan.

Ini antara possible causes for the loss of MH 370 yang cuba dikaitkan. Hopefully dengan penemuan black box dapat memberi jawapan kepada semua.


Kita perlu menghormati perasaan ahli keluarga penumpang & juga crew pesawat MH 370.

Senarai penumpang & crew Malaysia.

Dan Apapun yang terjadi, i feel really proud of our government.They do their best to find MH 370.

Please stop condemn them.Whole world are looking at us now.Its better for us to pray for MH 370. Semoga segala usaha untuk mencari MH 370 menemui kejayaan.

Untuk menyaksikan kembali pengumuman Perdana Menteri, klik di sini

Siti Azlina Osman




No comments:

Post a Comment