Saturday, 9 August 2014

Tips Menjaga Rambut bagi Wanita Bertudung

Hye all,

Hari ini olyn nak kongsi Tips Menjaga Rambut Bagi Wanita Bertudung.

Rambut merupakan mahkota wanita yang sangat berharga.
Rambut yang sihat, lebat & cantik menjadi idaman setiap wanita tidak kira yang bertudung mahupun tidak. 

Add caption


Antara masalah utama rambut yang sering dialami ialah

Keguguran rambut
Rambut Berbau
Kulit kepala berminyak
Kelumumur

Untuk wanita yang bertudung, penjagaan rambut perlu diberi penekanan yang lebih.Jadi, olyn kongsikan beberapa Tips Menjaga Rambut Bagi Wanita Bertudung.

1) Pilih waktu yang sesuai untuk mencuci rambut 

Waktu paling sesuai untuk mencuci rambut ialah pada waktu petang selepas balik kerja or malam. Ini kerana setelah bekerja/ memakai tudung dalam jangka masa yang lama di tambah dengan cuaca panas , rambut senang menjadi berbau kerana peluh. Oleh itu cucilah rambut bagi mengelakkan ianya berbau atau kulit kepala menjadi terlalu berminyak.

2) Keringkan rambut sepenuhnya sebelum memakai tudung.

Jika anda memilih untuk mencuci rambut di waktu pagi atau sebelum anda memakai tudung, pastikan rambut dikeringkan sepenuhnya. Olyn selalu akan keringkan dulu rambut dengan menggunakan hair dryer & letak sedikit hair serum bagi memastikan rambut lembut dan sihat. 

Tapi olyn selalu cuci di waktu petang/ malam bagi memastikan rambut dapat dikeringkan secara semulajadi & beri ia ruang untuk lepas bebas. Leraikan rambut yang basah menggunakan jari secara perlahan-lahan.Elakkan membungkus rambut dengan tuala ini kerana ketika basah, rambut menjadi senang putus.Juga elakkan menyikat rambut semasa rambut basah kerana rambut senang gugur & putus.

Hair dryer & Hair Serum: my tools untuk jaga rambut.

Pemilihan sikat yang tidak sesuai juga boleh membawa kepada keguguran rambut


3) Pilih material tudung yang sesuai

Pilih fabrik yang lembut dan tidak memerangkap haba. Elakkan menggunakkan tudung dari fabrik kapas kerana ia akan memerangkap haba. Cadangan olyn cuba pilih fabrik seperti tudung bawal or shawl dari fabrik chiffon atau satin. Elakkan selalu memakai serkup rambut pada jangka masa yang lama atau mengikat rambut dengan ketat semasa memakai tudung.Beri ia masa untuk lepas bebas dan tidak terserkup begitu lama.

Add caption

Add caption

4) Lakukan rawatan rambut 

Sebulan sekali atau 2 minggu sekali, lakukan rawatan rambut seperti mendapatkan rawatan hair steamer di salon atau melakukan sendiri rawatan di rumah. Bagi rambut yang bercabang, rawatan memotong hujung rambut yang rosak dapat membantu rambut dari terus rosak.

Contoh rawatan di rumah, melakukan creambath atau masker rambut. Pelbagai produk ada dijual untuk kemudahan kita melakukan rawatan sendiri di rumah. 

Jika anda sukakan rawatan secara tradisional, apa kata cuba rawatan mengusap kulit kepala dengan air rendaman bunga raya atau lendir lidah buaya. Cara ini dapat melebatkan rambut malah menyihatkan kulit kepala juga.

5) Gunakan syampu yang sesuai

Pemilihan shampu yang betul untuk rambut amat penting dalam memastikan rambut anda sihat & tidak gugur.

Cadangan olyn gunalah Marine Essence Shampoo yang mengandungi garam buluh & kaya dengan mineral berbanding syampu yang mengandungi bahan kimia.

Contact olyn untuk grab this opportunity  016 3542963


My own testimoni. Rambut lebat even semasa panjang dan pendek.



Antara testimoni daripada client Marine Essence Shampoo






Add caption


Ok. inilah antara Tips Menjaga Rambut bagi Wanita Bertudung. Olyn percaya banyak lagi tips penjagaan rambut seperti mengambil vitamin or makan makanan yang sesuai untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Apa yang penting, tips ini dapat mengelakkan masalah utama rambut yang dihadapi wanita terutama yang bertudung.

Contact olyn juga untuk order Marine Essence Shampoo. 

Love ya..

Siti Azlina Osman













No comments:

Post a Comment