Tuesday, 9 September 2014

Apa itu Kanser Rahim?

Salam semua..

Sejak olyn tahu tentang Premium Beautiful & Bio Seleza , kesedaran untuk mengetahui akan rahim juga tubuh lebih tinggi. Makin lama makin seronok pula bila membaca artikel2 tentang tubuh, kesihatan & juga penyakit-penyakit yang boleh dihidapi oleh kaum wanita. 

Dan yang paling olyn tertarik & merasa teruja bila membaca mengenai rahim wanita. Rahim wanita sememangnya antara aset penting wanita.





Kerana disitulah organ reproduktif, tempat untuk kita membesarkan janin. Namun, ramai juga di antara kaum wanita sendiri termasuk olyn kurang akan pengetahuan mengenainya terutama tentang Kanser Rahim. 

Add caption


Kanser Rahim merupakan kanser kedua terbesar selepas Kanser Pangkal Rahim.

Add caption


Add caption


Anda boleh juga melawat ke website www.drrushdanoor.tripod.com untuk membaca lebih lanjut .

Antara yang menarik perhatian olyn ialah, salah satu jenis kanser rahim yang dinamakan Kanser Endometriosis.

Faktor-faktor risiko terjadinya Kanser Endometriosis ini ialah

a.  Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama
    di  lapisan lemak badan.

b.  Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.

c.  Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi

d.  Wanita yang menghidap penyakit kencing manis

e.  Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .

f.  Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari  mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.

g.  Wanita yang mengambil hormon estrogen yang  berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu  mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau  bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil  hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil  hormon selepas putus haid perlu  mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.

Sebenarnya banyak lagi tentang rahim wanita & artikel berkaitan seperti rahim jatuh, tombong, fibroid, cyst etc.

In Sha Allah, olyn akan update my blog about this sooner.

Hope this post sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan kita semua tentang aset penting kita ini.

Love love
Siti Azlina Osman

No comments:

Post a Comment