Tuesday, 23 June 2015

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI & ONDE-ONDE GULA MELAKA



Salam 6 Ramadhan semua..

Hari ni olyn nak kongsikan resepi Asam Pedas Ikan Pari & Onde-Onde Melaka. Sebelum ni ramai kawan-kawan olyn yang bertanyakan resepi Asam Pedas Melaka ni tapi belum ada kesempatan untuk olyn kongsikan di blog ini.

Ok, jom tengok bagaimana cara nak membuat Asam Pedas Melaka & olyn ada selitkan juga resepi untuk membuat kuih onde-onde Melaka.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN-BAHANNYA :

2 papan ikan pari-dipotong ikut kesukaan anda
2 biji terung
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
1 3/4 senduk  cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optinal)
1 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam  (olyn guna Garam Buluh) dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada hitam biji
Secubit belacan, dibakar

BAHAN-BAHAN TUMIS :
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
1/4 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :

1.                   Ikan disiang, kemudian kerat pada 4 bahagian, cuci bersih dan toskan. Terung  dicuci dan toskan kemudian dibelah 2.
2.                  Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 tumis, tumis hingga harum dan tambah bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Tumis adalah part yang paling penting untuk sesuatu masakan. Pastikan anda tumis sehingga cili masaknya.
3.                  Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Biar mendidih. Masukkan ikan,daun kesum, bunga kantan dan terung, kacau perlahan. Perasakan dengan garam  secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga terung  lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.


Dah siap Asam Pedas Ikan Pari 

RESEPI ONDE-ONDE GULA MELAKA

Bahan-bahan ( Dalam 20 biji )

  1 cawan tepung pulut
   1/4 cawan tepung gandum
 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
  1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
  1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)

Cara-cara

1.         Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.

2.         Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.

3.         Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.

4.         Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.

5.         Setelah itu angkat dan toskan.

6.         Pindahkan k edalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.

7.         Okay, dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin nak makan buah melaka.


Yummeh!


Senangkan. Jom buat petang ni!

Love
Siti Azlina Osman

No comments:

Post a Comment