Thursday, 27 August 2015

Bayou Lagoon Park Resort: Great for Family Vacation



As salam..2 minggu lepas, olyn bawa anak-anak bercuti di Bayou Lagoon Park Resort di Bukit Katil, Melaka. 



Kami tinggal di sini





Janji yang dituntut oleh Hayyan sempena hari jadinya bulan lepas. Permintaan nak tidur hotel dengan sepupu-sepupunya.  



Alhamdulillah..pemilihan Bayou Lagoon Park Resort untuk our short getaway memang terbaik.Kalau nak tahu resort ni hanya 15-20 minit sahaja dari rumah mak abah olyn..hehe..

My kids with their cousins


Kami memilih studio apartment untuk percutian 2 hari 1 malam ini.  Harga untuk hujung minggu dalam RM170, dapat sarapan percuma untuk 2 orang & tiket ke water theme park untuk 2 orang. Oleh kerana, kami ada dalam 7 orang ( 5 kanak-kanak, 2 dewasa), jadi 5 tiket lagi olyn beli di pintu masuk theme park.

Studio Apartment

Lepas mandi terus lapar



Dari segi servis pihak hotel, bilik, & kemudahan yang mereka sediakan terutama water theme park mereka.Itulah yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kecil ini sebenarnya.









Lepas dah puas mandi, diaorang ajak pula ke Game Arcade. Mentang-mentang lah memang hari untuk mereka. 




Hari tu penuh dengan aktiviti untuk mereka dari pagi sampai petang. Lepas main game, mereka berehat sekejap kat bilik. 

Kemudian sambung pula dengan Bumper Car & Dragon Coaster. 2 permainan ini terletak dalam kawasan water theme park.


Pening mama lepas main

Percutian pendek yang menggembirakan buat anak-anak olyn juga sepupu-sepupu mereka. Ok lah kan..apa yang penting 'bonding time'.

Bila malam tu, diaorang melepak ramai2 depan tv.Memang enjoy betul diaorang ni.Jangan tak tahu, siap bawa toto dari rumah mak..hehe..



Next trip in Sha Allah planning bawa anak-anak ke Langkawi & Krabi.In Sha Allah dalam tahun ini juga. Moga segalanya dipermudahkan. Amin.


















No comments:

Post a Comment