Monday, 14 December 2015

Fenomena Qu Puteh & Dato Seri Vida


Semalam berakhir sudah Konsert Gegar Veganza yang menyaksikan Siti Nordiana dinobatkan sebagai Juara Musim Ke 2. 


Sebenarnya, secara jujur olyn tak pernah tahu pun tentang Gegar Veganza. Terutamanya yang musim pertama. Mungkin disebabkan olyn memang tak berminat nak mengikuti rancangan nyanyian seperti ini terutama program realiti. 




Tetapi penangan Marketing Qu Puteh oleh Dato Seri Vida atau nama sebenar beliau Dato Seri Dr Hasmiza Othman membuatkan olyn terjebak dengan Gegar Veganza. Sudah tentu ditambah pula dengan salah seorang peserta 'favourite' olyn iaitu Siti Nordiana.

Pengasas Qu Puteh

Sejak Qu Puteh menaja Anugerah Juara Lagu ke 29, nama Qu Puteh memang meletup-letup. Sampaikan anak-anak  pun pandai suruh mama diaorang ni minum Qu Puteh😆.

Sebagai seorang usahawan baru, olyn memang kagum dengan cara & idea marketing beliau. Walaupun penampilan serta gaya Datuk Seri Vida menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.Ada yang mengutuk beliau sebagai seorang yang gedik, over & tidak sedar diri. Ada juga meluahkan rasa meluat mereka dengan gaya iklan yang ditampilkan.

Namun, pada Olyn, Datuk Seri Vida telah berjaya membuatkan seluruh Malaysia, daripada yang kecil sehingga tua mengenali Qu Puteh & juga Pamoga. Tagline 'Alhamdulillah..mujur ada Pamoga' & 'Qu Puteh Qu Puteh..barulah puteh' sangat berhantu. 

Yang membuatkan olyn lagi merasa terkesan bila membaca sejarah latar belakang pengasas ini. Jatuh bangun dalam kehidupan serta perniagaan tak mematahkan semangat beliau untuk bangkit & berjaya. 

Seorang ibu tunggal, pernah kehilangan 2 orang anak beliau dalam satu kebakaran di rumah pekerja  pada tahun 2013 adalah antara cabaran serta dugaan yang terbesar beliau hadapi.

Ini antara cerita yang memberi kesan kepada olyn untuk terus berusaha. Genggam pada impian, demi anak juga ibu bapa yang banyak berjasa, istilah berputus asa tidak sesekali olyn biarkan singgah dalam kamus diri ini. 

I am an independant mom, mom of 2 , a senior Engineer & also Double Diamond Manager in online business.

Hehe..dah rasa macam tulis novel pula. 

Apa pun, Syabas kepada Datuk Seri Dr Vida juga kepada Siti Nordiana & semua wanita yang berusaha untuk mencapai impian demi orang yang anda sayangi. 

Teringat akan satu kata motivasi ini

'You will never know that you are strong until being strong is the only choice that you have'

Add caption

Tahun 2016 bakal menjelang tidak lama lagi. Mari sama2 berazam untuk mencapai yang lebih baik daripada 2015. 

Kita semua wanita yang hebat & kuat.Tidak salah mempunyai impian yang tinggi tetapi amat sayang jika kita biarkan impian itu hanya menjadi impian.




Till then.

Love ya
Siti Azlina Osman
A mom of 2
Premium Beautiful Expert


No comments:

Post a Comment