Sunday, 27 December 2015

Nippon Momento Paint: Special Effect Paint


Hi all,

Tak sabarnya nak share tentang Momento Paint dari Nippon ni. Olyn dapat banyak feedback daripada rakan-rakan yang suka dengan hasil cat dinding my dining area. 

Ramai juga yang tertanya tentang jenis cat apa yang olyn gunakan. Korang jangan tak tahu bila kita guna Momento Paint, hasilnya ibarat anda memasang kertas dinding tau..hehe..

Ok jom olyn terang sikit tentang Momento Paint dari Nippon ini.



Momento Paint ni kira boleh dikatakan as  Special Effect Paint. Korang boleh pilih antara nak Enhancer Series atau Textured Paint Series.





Enhancer Series ni umpama cat transparen yang kita boleh apply terus pada warna dinding kita yang sedia ada. Ada 2 types: FROST & CLOUD.

Textured Paint Series pula terdiri dari jenis ELEGANT, SPARKLE PEARL, SPARKLE SILVER & SPARKLE GOLD. Jenis cat ni korang kena apply cat primer dulu.

Untuk apply cat ni, ada special Momento Kit. Yang ni olyn kurang pasti sama ada diberi percuma atau memang kena bayar. Sebabnya lepas olyn beli cat & also momento kit (olyn kena caj RM35), malam tu olyn tengok video di You Tube. Video from Nippon. 

Dalam video tu, inform momento kit diberi percuma. Tak tahulah sama ada olyn silap atau tidak. Nanti korang kongsi cite ye if korang ada beli Momento Paint ni juga.





Yang olyn pilih untuk Feature wall di ruang makan ialah dari jenis SPARKLE GOLD, code MG 157 Golden Fleece.



Langkah pertama untuk apply cat jenis ni, korang kena apply primer paint dulu yang berwarna putih. Tujuannya untuk enhance your wall surface. Persediaan untuk terima top coat yang seterusnya nanti. Primer kita apply 2 coats. Biarkan kering selama 2 jam.



Langkah kedua: Hey, it's time to be creative. Masa nilah nak uji our kepantasan lengan..Haha.. Cara nak apply ialah secara menyilang atau dipanggil criss cross strokes. Jangan korang kena stroke sudah. Ok tak lawak olyn.




Nak tengok ke hasilnya?

Inilah hasilnya



Untuk project seterusnya olyn akan cat di bahagian dinding yang akan diletakkan TV & also untuk bilik tidur.

Untuk bilik tidur, olyn plan nak gunakan jenis FROST. So nampak macam ada salji dalam bilik atau awam. 





Ok itu sahaja perkongsian olyn untuk Momento Paint ni. Nanti olyn akan share my next project untuk bahagian tv & bilik tidur pula. Tunggu😆.

Siti Azlina Osman
Premium Beautiful Expert







No comments:

Post a Comment