Thursday, 7 January 2016

Happy New Year 2016


Seminggu dah berlalu. 

Hye 2016. 

Selamat tahun baru semua!

Olyn memang sangat teruja menyambut tahun baru 2016. 

Tahun ini pertama kali menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Tak sangka Husna dah masuk darjah satu dan Hayyan pun dah 6 tahun. 

Sekejap je rasanya mereka ni besar.

Husna di hadapan kelas.

Husna sewaktu berumur 2 tahun lebih


Mama punya azam. Sentiasa bawakan Husna bekal makanan ke sekolah.

Hayyan hari pertama di tadika agak moody bila dapat tahu kakak dah tak sekolah sekali dengannya. Merajuk bila kakak tiada depan mata. Masuk hari kedua baru ceria.
Hayyan waktu berumur setahun lebih

Husna bersekolah di sekolah lama olyn. Terus teringat kenangan sewaktu bersekolah rendah di situ.

Olyn berada di kelas 1 Hijau. Cuba teka olyn yang mana?

Kebetulan pula Husna sekelas dengan anak rakan lama olyn. Lagi seronok rasanya. Macam reunion pula. 

Husna bergambar dengan rakan kelasnya yang juga merupakan anak kepada rakan lama olyn.


Alhamdulillah..permulaan tahun yang sangat baik. Banyak yang olyn ingin capai di tahun ini. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. 

Welcome 2016!













No comments:

Post a Comment