Tuesday, 2 February 2016

7 KESILAPAN SEMASA BERDIET


Hi semua.. 

Ada yang berdiet ke?

Tahniah kerana anda memilih langkah untuk memerhati pemakanan anda ke arah cara hidup yang lebih sihat.

Olyn baru 2 tahun memilih berdiet. Jangan salah faham. Diet yang olyn maksudkan adalah cara pemakanan yang sihat & baik untuk badan. 



Hari ini olyn nak kongsikan 7 KESILAPAN SEMASA BERDIET. Kesilapan ini juga pernah olyn lakukan. Sebab itu rasa berat badan tak turun, berat makin bertambah, murung, tak bertenaga dan sebagainya.

7 KESILAPAN SEMASA BERDIET

1)  Memulakan CRASH DIET

Siapa pernah declare berdiet kemudian tak makan apa-apa kecuali makanan yang ringan seperti jeruk atau sup sahaja. Ye, memang berat badan akan berkurang dengan cepat. Tetapi, tahukah anda bahawa anda sedang melatih metabolisme badan agar lebih lambat?  Apabila anda tidak lagi berdiet, selalunya berat badan akan kembali bertambah. Jadi, NEVER SKIP MEALS!

2) Tidak bersarapan.

Mereka yang tidak bersarapan sebenarnya lebih berisiko untuk mengambil kuantiti makanan dengan lebih banyak apabila makan. Rasa lapar yang timbul lebih besar sepanjang hari. Takut tak?
 

3) Tidak mengetahui jumlah kalori & keperluan kalori harian. 

Kesilapan biasa oleh mereka yang berdiet- memilih makanan yang lebih daripada jumlah kalori yang mereka perlukan. Dengan mengetahui jumlah kalori yang terdapat dalam makanan yang anda akan ambil akan memudahkan anda merancang jumlah kalori harian yang diperlukan. Ini kerana keperluan kalori setiap orang adalah berbeza-beza. 



4) Sering makan di luar.

Makan di luar akan membuatkan kita tidak boleh untuk mengawal nafsu juga mengawal jumlah kalori & lemak yang diambil. Terutama apabila anda memilih 'fast food' seperti burger, kentang goreng, milkshake berbanding salad, buah atau hidangan sihat yang lain. 


5) Kurang Minum Air

Badan yang kurang air  akan mempunyai metabolisme tubuh yang rendah & ini membuatkan penurunan berat badan juga lambat. Kajian menunjukkan bahawa orang dewasa yang minum air 8 gelas sehari atau lebih, membakar lebih banyak kalori dibanding mereka yang kurang minum air. 



6) Tidur lewat

Tidur lewat juga boleh menjadi penyumbang kepada kegagalan program diet anda. Rasa lapar di waktu tengah malam boleh membawa kepada pemilihan makanan yang tidak tepat seperti maggi, makanan segera & sebagainya.

7) Tidak bersenam

Last but not least, BERSENAM!
Jika kita mengabaikan senaman, kita sebenarnya menempatkan seluruh beban  penurunan berat badan pada diet. Bersenam dapat membantu mengeluarkan peluh & juga toksin. Badan akan merasa lebih sihat apabila bersenam.

Jadi, yang mana satu kesilapan anda?


Love,
Siti Azlina Osman
Premium Beautiful Expert


No comments:

Post a Comment