Saturday, 12 March 2016

Barbie Birthday Party: Husna Turns 7


Lamanya tak update. Sibuk sikit akhir-akhir ni. Ok, sekarang sementara tunggu kawan datang ambil olyn di Airport ni, jom la update blog. 

Jangan tak tahu, Olyn update blog guna Iphone je. Nak tahu macam mana? Korang download je apps Blogger. Jadi, bila-bila masa & di mana sahaja korang boleh menulis dalam blog. Selalunya, kalau nak update secara ringkas memang Olyn guna handfon je tapi lepas tu kalau nak meng'edit' gambar barulah Olyn buat di Laptop. Janji blog kita sentiasa ber'update'. Tak bersawang..hehe.

2 hari lepas Olyn baru je ambil gambar-gambar sewaktu majlis hari jadi Husna. Husna ialah anak perempuan Olyn. Baru je menyambut harijadi ke 7 tahun pada 27 Februari yang lepas.

Husna masih terkejut..Makcik sarungkan topi Birthday girl

Mama pula sematkan badge birthday girl

Thank you atuk yang bawa Husna & Hayyan pusing-pusing Putrajaya sampai diaorang tertidur sementara mama & lain-lain set up tempat

Cuma, tahun ni Olyn lakukan kelainan sikit untuk dia. Olyn adakan majlis kejutan untuk Husna pada keesokkan harinya. Maksudnya pada hari jadi yang sepatutnya Olyn memang tak sambut, no cake, no presents sampailah dia merajuk.hehe..

Sangat gembira bila dapat bersam-sama dengan mak abah & juga adik-adik pada hari tersebut

Husna sangat malu bila semua orang fokus pada dia.

My younger brother, tq sebab bantu ambilkan kek harijadi Husna di Shah Alam.

Tapi, rasanya plan Olyn tu berbaloi. Majlis Olyn adakan bersama keluarga tersayang di tepi tasik Marina Putrajaya. Bertemakan Barbie sebagai konsep majlis  dengan warna pink hitam.

Inilah keluarga kecil kami

The girls!

Sayang semua. Tq to my sister, Athirah yang buatkan prop Barbie ini.


Tq Airin, Lisa & Hanie sudi datang ke majlis Husna

My Bestfriend yang sentiasa melapangkan masanya untuk Olyn.I'm sooo touched.

Sememangnya Olyn amat berterima kasih pada mak abah Olyn & adik beradik yang banyak membantu untuk menjayakan majlis ini. Untuk juadah majlis, semuanya kami masak sendiri. Lebih puas hati & Olyn nak pastikan anak-anak makan makanan yang sihat berbanding makanan segera. 

Comelkan gambar ni

Alhamdulillah..dapat ambil gambar keluarga kecil Olyn ni

Husna dengan hadiah harijadinya

Berbalik pada majlis, memang rasa berbaloi bila tengok wajah & reaksi Husna. Bukan dia sahaja yang terkejut, malah Hayyan (anak lelaki Olyn) juga terkejut. Nak buat majlis kejutan memang tak boleh bagitahu Hayyan sekali. Kalau tak mesti pecah lubang..hehe. 

Hayyan juga dapat hadiah harijadi..hehe..

Oklah..Kawan Olyn dah sampai. Kejap lagi nak jalan-jalan di Penang. Sambil jumpa rakan kongsi & team The Diamond Circle di sini.   

Jumpa lagi!


No comments:

Post a Comment