Saturday, 23 April 2016

'DIAMOND NIGHT' BUKAN SEBARANG MALAM PENGANUGERAHAN




Ulang semula tajuk entry pada hari ini.

'DIAMOND NIGHT' BUKAN SEBARANG MALAM PENGANUGERAHAN.

Bagi kami para usahawan Sahajiddah Haio, ' Diamond Night' merupakan salah satu majlis Anugerah yang amat bermakna.
The Diamond Circle during Diamond Night 2015
Malam yang meraikan para usahawan yang mencapai KPI jualan RM 180,000 & juga RM720,000. Malam yang mengiktiraf pangkat mereka sebagai Diamond Sales Manager & juga Double Diamond Manager.

Namun, disebalik keterujaan kami dalam menunggu 'Diamond Night' ini, olyn ingin berkongsi mengapa malam ini bukan sebarang malam penganugerahan.

Mengimbau kembali di awal pembabitan berniaga bersama-sama kumpulan The Diamond Circle, Olyn pernah rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. Perasaan kurang yakin dan kurang ilmu untuk menjual apatah lagi untuk memasang angan-angan mempunyai rangkaian kumpulan perniagaan di seluruh Malaysia terlalu tebal pada masa itu. 
Olyn bersama The Diamond Circle di awal permulaan bisnes
Mana mungkin seorang yang belajar tentang Kejuruteraan Awam, bekerja dalam bidang pembinaan, dunianya hanya tertumpu dengan kelompok rakan kerja, keluarga & rakan-rakan lama ingin berhadapan dengan orang yang tidak dikenali atau meminta rakan untuk membeli barang dengannya. 

Malu!

Itu sebenarnya yang sarat bermain di fikiran.

Bagaimana Olyn mengubah persepsi negatif yang tertanam dalam diri ini?

BAGAIMANA?

Olyn cabar diri untuk ikut resepi mereka yang dah berjaya di dalam perniagaan ini. Salah satunya ialah hadiri majlis Anugerah. Majlis Anugerah seperti 'Diamond Night' ini bukan setakat untuk menayang baju cantik, berhias bagai artis atau berlumba-lumba untuk bergambar tetapi ia membantu memberi satu semangat untuk berjaya.

Olyn sewaktu menerima Anugerah bagi Diamond Sales Manager di atas pencapaian RM 180,000 jualan pada tahun 2014

Mereka ini datang dari pelbagai bidang pendidikan juga kerjaya. Mereka semua mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Olyn betul-betul terkesan apabila melihat raut wajah mereka yang gembira, bangga & terharu. 

Jika mereka boleh berjaya, mesti kita pun boleh.

Perniagaan bermentor, segalanya dah tersedia seperti latar belakang syarikat yang kukuh, produk berkualiti & diiktiraf dunia, sistem perniagaan yang teratur & mempunyai pelan perniagaan yang hebat.

4 tahun berturut-turut Sahajiddah Haio menerima Anugerah daripada Magazine Forbes Asia di atas pencapaian 'BEST UNDER A BILLION' membuktikan kestabilan & kekukuhan syarikat.

Jika berniaga dengan mentor pun kita meletakkan macam-macam alasan, mana mungkin boleh hendak berniaga sendiri tanpa tunjuk ajar. Tanyalah para usahawan yang bermula dengan perniagaan sendiri. Banyak usaha & pengorbanan yang mereka perlu lalu. Olyn sememangnya kagum dengan mereka. 

Premium Beautiful Korset antara killer product Sahajiddah Haio, telah diiktiraf dengan
pelbagai Anugerah daripada dalam dan luar negara


Olyn akui tidak mempunyai keberanian seperti mereka. Jadi, Olyn perlukan mentor untuk berniaga. Syukur Alhamdulillah, dalam mencari peluang untuk tambah pendapatan, Olyn berjumpa dengan kumpulan The Diamond Circle.

3 tahun bersama The Diamond Circle & Sahajiddah Haio, bukan sahaja membantu menambah pendapatan, tapi banyak juga menambah nilai dalam kehidupan. Ia mengajar Olyn menjadi seorang yang penyabar, kental, tidak cepat berputus asa, lebih menghargai masa, dan banyak lagi nilai positif yang dirasai.


In Sha Allah, impian untuk menjadi Work At Home Mum semakin hampir.

Anak-anak adalah segalanya. Merekalah suber kekuatan & pembakar semangat untuk lebih berjaya

Sampai jumpa lagi di entry akan datang. Nantikan my update untuk Acara 'Diamond Night 2016' di 
FB: Siti Azlina Osman
IG: sitiazlina_osman


Love, 
Siti Azlina Osman
Premium Beautiful Expert





No comments:

Post a Comment