Monday, 9 May 2016

Selamat Hari Ibu: Khas buat Puan Juminah Ahmed Salleh


Bila masuk sahaja bulan May, terus teringat sambutan Hari Ibu & emak Olyn sendiri iaitu Puan Juminah Ahmed Salleh.


Tak terbalas jasa mak pada Angah

Emak merupakan ratu dalam keluarga ini. Dialah pencorak kebahagian kami sekeluarga. Nak tulis entri ni pun Olyn dah bergenang air mata.


Jadi sebagai pembuka cerita untuk bulan May ini, olyn nak bercerita tentang wanita ini yang telah banyak berkorban untuk Olyn sekeluarga.

Salah satu yang sangat terkesan di hati ialah apabila Olyn diuji dengan cabaran rumah tangga pada tahun 2010. Emak dan abah banyak membantu Olyn membina semula kehidupan dalam usaha untuk membesarkan anak-anak. Aish.. tak boleh nak ceritalah keadaan masa itu. Terus jadi seorang yang kuat apabila tengok emak sanggup menjaga my kids sementara Olyn bekerja. Sanggup Olyn ulang alik Batu Pahat-Melaka selepas waktu kerja kerana risaukan emak yang terpaksa menjaga 2 orang cucunya yang kecil, Masa itu, Hayyan baru berusia 3 bulan & Husna baru mencecah umur 2 tahun.

Kata-kata yang sangat benar

Dan Allah sahaja yang tahu bagaimana bersyukurnya Olyn dianugerahkan dengan seorang emak yang sentiasa mendahulukan anaknya tanpa rasa penat, mengeluh & Olyn percaya berkat doa daripada emak jugalah yang menjadikan Olyn seperti hari ini.

Bercerita tentang personaliti pula, kami sama-sama lahir dalam bulan Mac. Maksudnya berkongsi zodiak yang sama. Kalau ikut zodiak, personaliti kami memang sama..haha..dan mungkin disebabkan itu juga kadang kala kami tak sependapat dalam sesuatu hal. Ada sahaja percanggahan pendapat antara kami. Mak jenis orang yang cepat risau & selalu pemikiran dia akan terlebih advance.Hehe..i know this is because her love is beyond anything in this world & all she wants is to ensure everything is good for her kids.

The best part about my mom yang sama dengan Olyn ialah mak suka berniaga & seorang yang berdikari. Dari kecil, Olyn dah bantu mak berniaga di kedai makan. Pernah juga Olyn rasa marah dengan mak di awal pendedahan berniaga, Pada masa itu memang tidak boleh terima bila disuruh untuk mengambil order pelanggan. Malu & takut sebenarnya..haha.Umur pun baru 10 tahun. Bila fikir balik,'eh, bertuah aku dapat rasa pengalaman seperti itu'.

Ibu bapa Olyn.

And i am proud to carry this great qualities of her. 

Selamat Hari Ibu mak!

Angah sayang mak. Tears.

Tak boleh nak tulis panjang.Terlampau banyak pengorbanan emak.

Love,

Siti Azlina Osman
Premium Beautiful Expert




No comments:

Post a Comment