Wednesday, 3 May 2017

Premium Beautiful, Penjagaan Makanan & Senaman


Selamat pagi semua & salam ceria..

hari ini Olyn bercerita tentang Premium Beautiful, penjagaan makanan & senaman.

Wow..menarik tak bunyinya? Apa kaitan ketiga-tiga ini?

Ha..di sini Olyn nak kongsikan sedikit info & juga pengalaman yang Olyn & juga teman-teman yang melalui proses menurunkan berat badan dengan menggabungkan pemakaian Premium Beautiful, menjaga makan & bersenam.


Anda faham konsep jaga makan & bersenam? Kenapa ada sesetengah orang yang ingin menurunkan berat badan mereka memilih untuk jaga makan? Tolak nasi, tolak makanan manis atau berminyak? Anda rasa kenapa? Dan ada juga yang memilih untuk bersenam sahaja. Bakar kalori sebanyak mungkin dengan cara bersenam. Dan ada juga yang memilih untuk gabungkan kedua-duanya. Bersenam & jaga makan. Terpulang pada individu. Semua cara ini terbukti boleh membantu kita menurunkan berat badan. Dan jangan terkejut. Cara ini juga boleh menyebabkan berat badan anda naik 2-3 kali ganda dari yang asal.

Terkejut???

Sebelum itu, cuba anda bagitahu Olyn apa sebenarnya tujuan anda menjaga makan & bersenam?

Ada orang jaga makan dengan memilih makanan yang seimbang & lebih sihat. Ada juga yang berdiet dengan menjaga kalori makanan. Kalau anda ingin turunkan berat badan, anda perlu menjaga kalori setiap hari agar ianya kurang dari yang sepatutnya oleh badan anda.



Tahukah anda anggaran kalori yang diperlukan oleh
  •  seorang lelaki adalah antara 2000-2500 kalori setiap hari.
  • seorang perempuan adalah antara 1600-2000 kalori setiap hari
Jadi, kalau nak turunkan berat, sila tolak 500 kalori dari anggaran kalori yang diperlukan oleh badan anda. Tahu tak cara kira kalori? Silalah google cara menentukan kalori ini sebab Olyn takkan sentuh panjang-panjang bab ini.

Ada juga yang jaga makan dengan cara Atkins, berpuasa, strictly tak sentuh nasi, tak sentuh kek, or makan yang berlemak atau bergoreng. Memang boleh turun berat. Tapi perasan tak keadaan orang yang berdiet, antara kesan awal ialah lesu. tidak bermaya. Otak senang menghantar signal pada badan bahawa kita kekurangan gula di dalam badan. End up..apa yang akan berlaku? Jika berdiet tanpa ilmu & juga pemantauan, banyak kes dari rakan-rakan, bila mereka mula skip diet, mereka tak mampu kawal makan. 

Begitu juga kisahnya kalau bersenam. badan boleh juga menghantar signal palsu yang membuat anda akan makan lebih banyak selepas bersenam atau bila anda tidak bersenam dalam tempoh tertentu.




Dan jangan salah faham juga ye. Ramai juga yang berjaya turunkan berat badan dengan mengawal makan & bersenam. Keduanya penting. Bukan setakat untuk kurus, tapi untuk badan kita rasa lebih sihat & cergas. Air putih juga perlu kita minum setiap hari. Tahukan apa fungsi air kepada badan kita? Olyn tak tahu nak komen apa bila orang jawab nanti nak terkencing2 kalau minum banyak air..emmm..

Apa pula ceritanya dengan Premium Beautiful.Ha...tiba-tiba Olyn jadi mak jemah cerita pasal jaga makan & bersenam ni kan..Kau ingat kau certified health consultant or certified gym instructor???

Allah..Olyn hanyalah certified Premium Beautiful Expert yang sama-sama membantu client kami dalam mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat. Konsultasi Olyn termasuk dari segi pemakaian PB yang betul, pantau progress mereka, beri cadangan & galakan untuk mereka ubah cara makan & wajib bersenam!! 









Anda tahu tentang cerita GENG DIET TDC kami?

Dan Kenapa kita semua perlu bersenam ni? Pernah tengok iklan gaya hidup sihat? Apa fokus mereka? Bersenam untuk sihat & cergas. 


Tak dapat ke padang atau gym, ubah cara anda seharian. Kalau bekerja yang perlu guna lift, pilih tangga. Kalau selalu parking nak betul-betul depan pejabat, pilih parking jauh sikit. Supaya ada masa anda berjalan. Berjalan lebih! Bagus untuk jantung kan?

Jadi, berbalik kepada Premium Beautiful pula. 

Dapatkan khidmat rundingan dari PAKAR! 

Pakar Premium Beautiful (Baca Peranan Premium Beautiful Expert). Bukan beli sebab kawan nak tolak PB dengan harga murah, kawan nak clear stock..kawan itu..kawan ini. 

SENTAP??

Wajib sentap! 

Sebab bila anda yang kononnya MEMBANTU KAWAN 'CLEAR STOCK' ni akhirnya rujuk semula kepada kami. Kami PB EXPERT ni. Apa yang anda rujuk?
  •  Saiz PB tak ngam lah..
  • ketatlah..
  • beli tapi tak selesa pakailah..
bila kami siasat rupanya saiz PB yang dibeli tak sesuai, anda tak pakai konsisten, 1-2 hari pakai tetapi lepas itu tak pakai..Anda tahu tak yang pakai PB ada HEALING CRISIS di awal pemakaian? Tentunya anda tidak tahu bukan. sebab anda beli sebab KAWAN.

Kemudian, canang satu dunia, yang anda dah pernah pakai PB tapi tak jalan. 

Nak tahu kenapa anda sorang je tak jadi? 
Dan kenapa client yang mendaptkan khidmat PB Expert ni jadi?

ILMU. 


Ilmu dik..Ilmu. Bila kami menjalankan tugas kami, kami bukan jurujual yang janji jual. Kami ada proses & rekod untuk menjaga & memantau client kami. Kami tidak sekali-kali cadangkan anda jangan makan atau tidak perlu bersenam. Bersenam sangat penting untuk badan lebih cergas & jantung lebih sihat.





 Dengan pemakaian PB secara betul & konsisten, ia membantu
  • Kawal pemakanan, rasa cepat kenyang walau makan sedikit. Anda akan makan kerap dalam kuantiti sedikit.( Baguskan untuk bantu pencernaan, penghadaman & juga paling BEST! Tak perlu strict diet or pil kurus semua).




  • Perut cepat kempis & bentuk badan lebih kemas. (Bayangkan anda yang bersaiz besar dengan lemak yang berlipat-lipat. Senaman yang betul-betul konsisten pada your problem area perlu dilakukan. Ada orang boleh adakan masa. Anda? ) 










  • Beri sokongan pada tulang belakang dengan baik & membantu membetulkan postur badan. (Bila kita bersenam, jika tanpa penyeliaan atau tersalah langkah, boleh menyebabkan sakit belakang, lenguh-lenguh bahu & pinggang. Pakai PB semasa bersenam bukan sahaja bantu jaga tulang belakang tetapi ia membantu meningkatkan metabolisme badan anda yang semakin rendah. PB merupakan korset kesihatan ber Far Infrared Ray.








Banyak lagi kelebihan PB yang lain. Baca sini untuk info lanjut.

Jadi, tepuk dada tanya diri. Adakah anda betul-betul faham tentang PB, cara jaga makan atau bersenam? Faham kenapa anda perlu jaga makan & bersenam? Faham bahawa nak turunkan berat perlukan displin & konsisten. dan perlu faham, nak turun berat In Sha Allah mudah. Nak mengekalkannya? Adakah anda mampu? Makanan Malaysia ni sedap-sedap tau.. 

Anda ada banyak persoalan berkaitan perkara in nak ditanya?

Jom whatsapp Olyn 016 3542963.

Olyn akan bantu menjawabnya sebaik mungkin. 




Terima Kasih.




No comments:

Post a Comment