Thursday, 28 September 2017

KORSET UNTUK KURUS?

Wajib Baca sampai habis tau.

'Kau dah kurus pun masih pakai KORSET? Tak cukup kurus ke? Nak cantik macam mana lagi?'
.
Terkenang ayat-ayat dari beberapa kenalan atau clients.
.
Kalau bagitahu aku beruntung pakai korset PB kang ada yang cakap aku bagitahu macam tu sebab aku jual. Tapi tahu ke aku dah pakai PB dari 2007. Belum pun kahwin masa tu. Umur pun baru 25 tahun. Aku jadi PB Expert pula tahun 2013. Jadi, apa yang aku nak bagitahu ni berdasarkan pengalaman aku sendiri berPB bukan sebab aku jual PB. 
.
Untung pakai dari awal, badan pun dah ikut acuan. Susah sikit nak mengembang kecuali pipi & muka ni kadang-kadang terlebar😆. Tapi kalau cerita yang ini, ramai akan kata alah..yang korset biasa-biasa pun boleh. 
.
Pengiktirafan PB. Diiktiraf Persatuan Tulang Belakang Amerika, Canada & Quebec

Nope. Bukan itu je kelebihan bila pakai PB. Bila dah bersalin, itu waktu aku sedar betapa beruntungnya kenal PB. Berbengkung masa pantang WAJIB. Bertungku pun WAJIB sebab ni pun antara ikhtiar bantu rahim cepat kecut. Hangat je. Nak tahu tak proses nak bertungku & berbengkung tu aku boleh pendekkan masanya dengan pakai PB. Tak perlu leceh-leceh panaskan batu & baring dalam 20-25 mins untuk bertungku. Tak perlu susah-susah nak ikat-ikat bengkung & adjust bengkung kalau bengkung dah ternaik ke atas sebab renyah bergerak atau ke toilet. 
.
FIR yang disulam pada benang PB membantu meningkatkan metabolisme, melancarkan darah & menstabilkan hormon.

Mula-mula mak membebel bila aku dah tak nak ikat bengkung & nak pakai PB. Katanya nanti perut tak kempis & tulang punggung lambat nak rapat balik. Tapi bila dia tengok betapa kemasnya PB bila aku sarung, dia mengalah. Aku bagitahu perut rasa warm je. Mula-mula dia tak percaya. Aku ambil tangan dia & dekatkan kat perut & kawasan sekitar peranakan. Dia kata ada rasa cam bahang. Tambah bila nurse datang rumah utk check up ibu & baby, nurse cakap perut pun dah lembut. Jumpa doktor time check up pun cakap benda yang sama. Jadi, mak tak banyak bunyi. Bab darah nifas, aku ada cerita yang lebih menarik. Itu korang boleh pm tepi. 
.
Dan sehingga hari ni, aku masih pakai PB. Aku rasa ia sangat membantu bab postur badan aku yang kurus tinggi ni. Masuk la kelas mana-mana pun masa sekolah dulu, aku yang paling tinggi. Masalah aku bukan sebab aku malu jadi budak paling tinggi tapi sebab aku bongkok. Macam si bini POPEYE tu (dari tadika kena ejek macam ni😂😂).Masalah bila kau bongkok ni ialah bahu lenguh-lenguh, belakang badan senang rasa sakit-sakit. Kalau masa single ok lagi. Tapi bila dah ada anak, kena dukung anak ( dari baby & even sekarang pun sesekali akan kena dukung anak bila nak pujuk mandi pergi sekolah😂😂) & uruskan kerja rumah, aku rasa memang bersyukur ada PB. Memang support terbaik untuk belakang aku ni. Kerja seharian pula boleh dikatakan semuanya atas kereta. Memandu pun boleh buat pinggang & belakang sakit. Tambah jadi ibu tunggal lagi semua benda buat sendiri. Perlu ke aku berkira dengan PB kalau ia banyak bantu aku. 
.


Panjang pula cerita malam ni. Oh nak bagitahu, jeans yang aku pakai dalam gambar ni (gambar Jumaat lepas) dah 9 tahun usianya. Masa mengandung Husna aku masih boleh sarung sampai usia kandungan 5 bulan. Dan sekarang Husna umur 8 tahun. Berbaloikan 10 tahun aku pakai PB.



No comments:

Post a Comment