Monday, 8 January 2018

2018 Tahun Lebih Gemilang

Alhamdullilah..

Selamat datang 2018. Belum terlambat rasanya untuk Olyn nak 'flashback' kenangan 2017.

Gambar pencapaian di tahun 2017. Dan untuk 2018, tak sabar nak realisasikan EA projek bersama rakan bisnes.
Sayonara 2017.

Anda tetap di hati. Tahun yang menyaksikan perjalanan Olyn dalam membina bisnes sendiri sebagai kerjaya utama. Untuk anak-anak, ibu bapa & keluarga.
.
'Berani kau Olyn?..'boleh ke kau survive nak besarkan anak-anak dengan jual PB?' 
.
Antara respon waktu tekad resign. Demi anak-anak. Rezeki di tangan Allah. Kita hanya perlu berusaha. Usaha, Belajar, Usaha lagi, Doa & Tawakal.
.
Tq 2017.
.
Kejayan manis untuk bisnes: Capai Tabung Kereta, Qualified for FREE TRIP to Italy, Gold Coast & Korea & ada kumpulan bisnes yang menyokong satu sama lain. Dan sebelum penutup 2017, bergabung pula untuk misi lebih gemilang iaitu EA PROJEK 2018.
.
Kejayaan manis untuk keluarga: Dapat capai impian untuk uruskan sendiri anak-anak. Ada masa yang fleksibel untuk anak-anak & ibu bapa. Dan macam tak percaya dapat tinggal sebumbung dengan anak-anak dalam rumah sendiri.
.
Sebelum berakhir 2017, sempat bercerita & minta restu mak abah untuk azam & impian 2018. Sebak waktu abah bagi kepercayaan & sokongan.
.
Kata-kata mak abah memang POWER. Terus tertusuk di jiwa. Tanam dalam-dalam.
'Abah tahu kau boleh buat..Abah nak kau buat betul-betul.'
'Mak tak halang apa pun kau nak buat, asal anak-anak gembira.'
.
Alhamdullilah..

Selamat datang 2018. 

Selamat datang Tahun kejayaan yang lebih gemilang.

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature