Friday, 12 January 2018

5 Kesilapan Utama Sewaktu Berpantang Sendiri

Nak berpantang sendiri? Eh tiada masalah. Tapi ibu-ibu kena baca ini dulu.

5 Kesilapan Utama Sewaktu Berpantang Sendiri

1. Tiada perancangan

Bila anak dah masuk 2-3, ada dikalangan ibu-ibu yang berpendapat mereka boleh berpantang sendiri. Boleh bukan tak boleh. Tapi kena ada perancangan awal.

Contoh: Bangun kena awal pagi, minta suami tolong aturkan anak yang hendak ke sekolah sambil kita siapkan sarapan, paling tidak minta tolong suami mandikan baby sebelum ke pejabat atau minta tolong suami uruskan anak-anak dahulu sementara si ibu mandi & membersihkan diri. 

Bahagikan kerja-kerja rumah yang berat untuk si suami atau anak-anak yang besar tolong. Jangan si ibu pula sibuk nak buat semua benda.Angkat baldi bajulah, angkat inilah. Kena ingat selalu yang anda sedang berpantang & baru melahirkan bayi. 

Darah banyak keluar, tulang punggung pun melebar lepas proses kelahiran, kalau yang bersalin czer, perut anda tu baru dipotong & dijahit. Jadi, sabarlah. Jaga badan & kesihatan diri kalau sayangkan keluarga.

Urusan nak ke klinik untuk follow up check up pun kena bagitahu pada si suami supaya anda berdua boleh plan waktu untuk pergi. Dan yang paling penting, jangan pula si ibu kerap nak berjalan keluar rumah waktu berpantang selain dari ke klinik.

Rancang segala urusan dari awal supaya tak kelam kabut, dan anda ada banyak kualiti masa untuk berehat.

2. Tidak berbengkung

Ini paling jadi kemarahan orang-orang tua. Banyak kelebihan berbengkung ni waktu berpantang. Berbengkung bukan sahaja dapat memudahkan pergerakan si ibu tapi dapat membantu menyokong 'peranakan', mengempiskan perut, merapatkan punggung & mengurangkan sakit belakang.

Premium Beautiful salah satu pilihan bengkung moden yang FEMES di kalangan ibu-ibu. FIR yang ada membantu melancarkan pengeluaran darah kotor juga.

3. Malas pakai stokin

Ya ampun..dah kenapa malas nak berstokin. Tak susah pun berstokin tu. Boleh minta tolong suami pakaikan kalau nak bermanja. Pakai stokin dapat elakkan urat 'sejuk', bersimpul & badan masuk angin. 

Tau-tau jelah kalau badan dah masuk angin. boleh tangkap terus ke kepala. Sakit kepala & satu hal bila badan rasa lemau, seram sejuk & sakit-sakit. Kata pantang sendiri, kena jaga kesihatan betul-betul.

4. Tak berurut

La...sebab tu kena ada perancangan awal ni tadi. Urutan dapat mengeluarkan angin, melancarkan darah & sekaligus badan rasa lebih segar & cergas. Susu badan pun meriah & dapat elakkan bengkak susu.

Masa berurut, biasanya, tukang urut atau mak bidan ada offer bertungku,pakaikan pilis, mandikan baby dan sebagainya. Jadi inilah peluang untuk badan dapat lebih relax & hangat je.

Kalau yang berbengkung dengan Premium Beautiful tu untung, sebab FIR yang ada pada bengkung tersebut memberikan effect seperti mendapat 5 kali rawatan bertungku. Badan rasa hangat terutama di bahagian peranakan & ia membantu menyokong peranakan dengan baik terutama selepas berurut 'sengkak rahim.

5. Tak jaga pemakanan & kurang minum air

Lauk orang berpantang tak sama macam biasa-biasa. Banyak yang kita kena jaga. supaya badan tak masuk angin, badan tak rasa sakit-sakit atau lemau, susu badan tak kering. Banyakkan makan sayur, ikan & buah-buahan. Paling penting jangan ambil ais atau makanan yang sejuk-sejuk. 

Air kena banyak minum. Air kurang boleh buat badan lemak, pening & susu ibu kurang.

Jaga diri baik-baik ye ibu!




Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature