Tuesday, 13 February 2018

5 PERKARA PERLU BUAT BILA POSITIF HAMIL

Post ni Olyn buat untuk panduan new mommies. Yelah, untuk mereka yang baru pertama kali hamil ni, perasaan teruja tu lebih sikit kan. Faham sangat.
Bila masuk toilet, bawa pregnancy test, tup-tup 'DOUBLE LINE!!!'. 
Maunya tak happy. Terlompat-lompat gembira, mungkin ada juga yang terdiam, tak tahu nak bagi reaksi macam mana.
Yeay!!!

Jadi, ini sedikit panduan untuk persediaan korang.

1) JALANI UJIAN DI KLINIK
Dah test sendiri di rumah, kadang bukan sekali tapi 2-3 kali sebab nak double triple confirmkan, apa kata terus je korang ke ke klinik kerajaan atau klinik swasta.
Di sana, korang akan disuruh menjalani ujian air kencing & ujian darah. Kemudian, ujian saringan pula akan dibuat untuk check kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

2) MENDAFTAR UNTUK PEMERIKSAAN ANTENATAL
Selepas keputusan korang disahkan, korang biasanya akan terus mendaftar untuk pemeriksaan antenatal. Ibu mengandung boleh mendaftar untuk pemeriksaan berkala ini sebelum minggu ke-12 kehamilan.
Tapi tak jadi masalah jika korang nak daftar awal. Lebih awal, lebih baik kerana penjagaan yang lebih rapi dapat dipantau sejak hari mendaftar.

3) BUTIRAN YANG DIPERLUKAN
Semasa mendaftar, ada beberapa butiran asas yang akan diminta untuk melengkapkan maklumat dalam buku rekod. Antara yang ditanya bila tarikh haid terakhir untuk anggar usia kehamilan.
Selain itu, rekod kesihatan peribadi, butiran tentang pasangan, atau sejarah kehamilan / keguguran sebelum ini jika ada. Sejarah perubatan dan pembedahan adalah penting, terutamanya jika korang pernah mengalami penyakit seperti diabetes mellitus, tekanan darah tinggi, sakit jantung, penyakit ginjal atau lain-lain dan sedang dalam rawatan.
Maklumat kesihatan keluarga juga mungkin berguna untuk doktor kerana terdapat penyakit yang diwarisi dan membolehkan doktor untuk lebih peka terhadap petanda-petanda penting.

4) PERGI PEMERIKSAAN KEHAMILAN RUTIN
Lepas dah ambil semua details, jururawat akan membuat pemeriksaan fizikal dari hujung rambut ke hujung kaki. Pemeriksaan abdomen atau bahagian rahim mungkin agak tidak selesa bagi sesetengah mommies tetapi ini merupakan bahagian penting bagi pemeriksaan ketika kehamilan.
Lepas daftar dan buat ujian pengesahan , korang akan diberikan tarikh untuk temujanji selanjutnya. Dalam temujanji berikutnya, biasanya korang kena buat ujian air kencing, ujian darah, pemeriksaan tekanan darah, dan pemeriksaan ultrasound untuk memerhatikan perkembangan bayi dalam kandungan. Selain itu. kadar gula dalam darah juga akan dinilai melalui ujian air gula.
Pastikan korang sentiasa mematuhi tarikh temujanji ini agar perkembangan janin dapat dipantau dengan rapi. Jururawat juga akan merujuk bakal ibu kepada doktor gigi untuk pemeriksaan rutin.

5) AMBIL VITAMIN YANG DIPERLUKAN & JAGA TANDA-TANDA BAHAYA
Selepas penilaian dilakukan ke atas ibu hamil, vitamin atau suplemen biasanya akan diberikan untuk pastikan perkembangan optimum janin dalam kandungan.
Pengambilan suplemen atau vitamin ini juga dapat membantu mencegah anemia atau masalah kesihatan lain sepanjang kehamilan.
Korang pun perlu lebih berhati-hati bila nak buat sesuatu. Ketahui tanda-tanda merbahaya seperti pendarahan vagina. Sebarang bentuk pendarahan ini adalah berisiko dan biasanya akan terus diminta untuk terus merujuk ke bahagian kecemasan.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature