Wednesday, 7 March 2018

IMKK Mac 2018 : Ia bukan Seminar Bisnes Biasa-Biasa

Hi semua.

Permulaan yang HEBAT untuk bulan Mac 2018. Nak tahu kenapa?

Akhirnya, Olyn dapat menghadiri seminar Dr Azizan Osman kali ini. IMKK atau dikenali sebagai Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Siapa tahu atau pernah terfikir  nak datang seminar ini tapi tak terpergi-pergi?

 Well, i guess it's me. Lama kot dah tahu tentang seminar ni yang berjaya cungkil potensi diri ramai usahawan Hebat di luar sana.

Bila usahawan-usahawan besar seperti Che Ta, Nurassya & ramai lagi jenama hebat yang hadir, kita yang bilis-bilis ni kalau tak pergi terasa seperti sombong & ego. Mana mungkin nak pergi jauh kalau nak ke majlis ilmu pun ditangguh-tanguhkan. Ha..ini Olyn bercakap pada diri sendiri.
Buku Nota putih itu diberi semasa IMKK & buku DAO itu dijual dengan hanya RM10. Terus rembat. 

Dulu, ada satu pandangan yang skeptikal bila sebut IMKK atau Dr Azizan Osman. Bila kita buka hati untuk beri peluang pada diri, Ya Ampunnnn..rasa bersalah tangguh-tangguh pergi ke IMKK. Seminar ini memang lain dari yang lain.

Kalau sebelum ni, adakala rasa down atau stress bila sales kurang atau team bisnes yang semangatnya naik & turun, dalam seminar ni totally our mind akan berubah 360. Ini bukan seminar mengajar terus teknikal berniaga. Tapi apa yang paling ditekankan ialah ubah NIAT kita.

Hari pertama seminar. Ramainya umat. 9000 orang peserta. 

Niat kita nak berjaya. Niat kita nak kaya. Untuk siapa & untuk apa? Kemudian disedarkan pula tentang connection kita pada Allah. Kita seringkali alpa. Tak dinafikan stress atau kecewa datang bila kita sangka rezeki datang dari makhluk. Pergantungan yang sebenar hanyalah kepada Allah.

Melalui IMKK, juga ditekankan kepada perhubungan dengan mak ayah. Ibu bapa kita & keluarga. Jika selama ini kita banyak leka dengan alasan sibuk & tiada masa, sebenarnya kita yang attract situasi tersebut kepada kita.

Hari terakhir, hari ke 3 seminar. 3 hari ni asyik menangis je. Betul-betul IMKK bagi satu tamparan hebat pada Olyn





Founder Hebat MERVE pun ada, datang upgrade ilmu. Uish seganlah kalau Olyn sombong nak belajar kan.


Apapun yang kita lakukan bila dengan keredhaan ibu bapa, in sha Allah pasti kejayaan milik kita. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

Ya ampun, banyak sangatlah ilmu & pengajaran yang Olyn dapat selama 3 hari IMKK. Bayangkan seminar berlangsung dari 8 pagi sampai pukul 2 pagi. Terlalu banyak & nampak keikhlasan seorang guru/mentor yang inginkan mereka yang hadir brerjaya. Bukan setakat di dunia tapi juga di akhirat.

Jadi Jutawan yang benar-benar jutawan. Jutawan yang tidak takut untuk memberi walaupun sebelum kaya. Alhamdulillah, seminar kali ini, Olyn bawa sekali barisan leader dalam bisnes Olyn untuk sama-sama ubah mindset & bersemangat untuk ubah hidup.

Mata masing-masing bengkak2 sebab banyak menangis sepanjang IMKK
We are ready to activate our #myfirst1million  mission


Pada anda semua, Olyn galakkan anda pergi IMKK ini. Ambil seat Super Supreme. Biar dekat terus dengan pentas & DAO. Seriously memang anda akan rasa kelainannya.

'Saya Kaya & Berjaya, Anda Kaya & Berjaya'.


Ikhlas berkongsi kerana Allah,
Olyn Osman
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature